Sunday, 1 July 2012

#"Ya Allah, jauhkan antara aku dan kesalahanku,
Sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat.
Ya ALLAH, bersihkanlah aku daripada kesalahanku,
Sebagaimana baju putih dibersihkan daripada kekotoran.
Ya ALLAH, sucikanlah aku daripada kesalahanku dengan salji,
air dan air hujan batu."
Aaminnn~ :D


#Saya bertekad. Saya nak jadi baik. Saya nak ikut jalan yang benar. Saya nak jadi penghuni syurga. Saya nak kebahagiaan yang hakiki di akhirat sana. Saya nak jadi insan yang mulia di sisi Allah. Saya nak jadi wanita yang solehah, semulia Asiah, sehebat Fatimah Az-Zahra. Yang penting, SAYA NAK BERUBAH..... amin... 
‎"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)


#Imam Abu Al-Laits Al-Samarqandi berkata, "Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan tujuh perkara, iaitu:

1. Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan bicara sia-sia dan haram, lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2. Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja (tidak berlebihan).
3. Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram, dan tidak melihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
4. Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.
5. Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai oleh Allah SWT
6. Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi dengan kasih sayang kepada sesama Muslim.
7. Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riak dan nifaq.

No comments:

Post a Comment